nak balik kampung.

nasib baik aku teringat mahu buka jam sebelum persembahan, jika tidak, mungkin akan ada yang bertanya, kenapa Bidan Dewi pakai jam Mickey Mouse? oh, tangan yang cuba melakukan perogolan itu aku tak tau kepunyaan siapa.
gambar ini sejam selepas habis persembahan, ronda-ronda Putrajaya dilakukan, membawa dancers Indonesians kononnya, duduk tepi tasik Cyberjaya, makan-makan, borak-borak, dan main terajang-terajang.
niat dalam entri ni nak mengumpat, tapi karang mengundang pulak.
nanti-nanti lah, kumpul banyak-banyak pastu letak dalam satu entri sekaligus, sedap jugak.
oh, oh, tadi ada orang tu, dah kahwin, nanti bila dapat, gambar akan diupload, sila tunggu untuk lihat aku seperti gadis yang dibawa kekasih pulang ke Lombok.
motherfucker lah weh, esaimen banyak, presentation berlungguk, semua kena buat dalam satu hari, exam tilawah, usaha mencari jodoh, berjimat cermat, usha lelaki-lelaki Indonesia yang lazat-lazat, banyak lagi.
mana sempat nak buat semua dalam masa yang sama.
(berpeluh)
tula, aku cakap hidup aku huru-hara, seorang pun taknak pecaya.

SHIRK


ini buah tangan untuk semester terakhir.
hasil tiga minggu latihan,
pening kepala, pening perut, pening hati,
semua sudah selesai,
kehendak seribu lebih penonton sudah dipuaskan.
aku puas hati.
terlalu banyak gambar,
aku boleh muntah sementara mahu tunggu gambar diupload.
jadi cukuplah muka kebaya nyonya diatas sahaja.
bila lihat muka puas hati pihak yang menjemput,
muka lecturer yang datang beri semangat,
aku puas hati.
susah mahu cari pengalaman begini.

tangan lebam-lebam lah.

kecil-kecil ibu ajar, menjaga hati itu penting.

lalu aku ajar diri sendiri,

kalau tutup mulut itu mampu tenangkan hati,
maka itu.

kalau tutup mulut itu mampu selamatkan ego,
maka itu.

kalau tutup mulut itu mampu redakan jiwa,
maka itu.

kalau tutup mulut itu mampu mengubat kecewa,
maka itu.

maka itu, aku pililh untuk tutup mulut,
jangan biar sampai terbuka,
jangan biar sampai keluar kata-kata.

kamu sombong kalau katakan gelak ketawa gurau canda aku itu, tanda suka.

belajar patah balik, syafa,
langsung tidak salah kalau hanya sesaat lambat dari orang lain.

asal entri ini bernada remp-it ah?

pernah ke tidak lu rasa lu nak sangat dengan orang ni, tapi orang ni rasa tak nak sangat dengan lu?

pernah ke tidak lu rasa lu macam bebal sangat pergi buat benda bukan-bukan yang buat orang-orang tersayang mengeluh?

pernah ke tidak lu rasa macam nak cekik leher sendiri sebab adohai susahnya melayan perasan yang jahat macamgini?

gua tengah rasa semua sekali dalam satu masa yang sama.
damn, gua tengah fikir mana lah nak lari sebab gua macam tak tahan simpan perasaan dah tu duduk diam-diam je tak boleh buat apa.

tahan kencing pun tak senak macamgini siaa.

ye lah, gua mula-mula fikir, dah tak dapat tu gua diam je lah kan, takkan gua nak pergi ugut bunuh ahli keluarga dia kalau dia tanak dengan gua. pastu nak main tarik-tarik tali lah pulaknya, cakap benda-benda bagi hati cair, gua dah la puteri lilin. kalau gua cair macam lilin, macamana gua nak jalan pegi kelas?

kalau tak nak dengan gua tu dah la, diam je buat dang macam takde apa-apa. gua ni wanita kental, gua boleh buat bodo dalam masa sekelip mata tanpa menampakkan kesan-kesan sedih di raut wajah. ibu gua dah ajar jadi anak dara tua pun tak ada masalah apa-apa, so sekarang hati gua dah tak apa-apa kalau kena rijek lagi 14 kali.

tapi tak cantik la kalau dia nak memperkotak-katikkan perasaan gua.


AGAK-AGAK KALAU GUA ROGOL DIA, GUA KENA MASUK PENJARA KE TAK AH?

fuck ah, sumpah rempit gaya penulisan gua. sila baca sambil bayangkan gua atas motor sedang melakukan aksi-aksi bahaya.

sudah lama tidak mengupdate.

tiada gambar kali ini.

oh, internet bukan kepentingan aku sekarang, jadi tiada masa untuk blog, hatta facebook sekalipun. (kecuali masa kelas arab)

sungguh sibuk jadual hidup, penuh dengan latihan teater, kelas (walaupun aku jarang pergi, ga-hah), ujian mingguan, umpatan buah mulut, dan sebagainya.

cerita terbaru,

satu,
lecturer aku pervert. tidak boleh disebut namanya, juga subjek yang diajar, ini akan menimbulkan huru hara, dan aku mungkin dibuang sekolah, atau dipenjara. tetapi dia pervert. walaupun bukan terhadap aku tetapi aku tetap geli.

dua,
Yen kawan baik sudah berpasangan, juga mangga muda. memang ini trend ke? aku marah betul.

tiga,
teater lagi seminggu lebih, mungkin kah? boleh kah? mati lah.

dan banyak lagi,tetapi aku mahu kurangkan mengumpat, lalu tidak mahu cerita di sini.

uuu, uuu, uuu, ada lagi.
aku jatuh hati kali ke seratos, tetapi boyfriend orang, babi betul.

oh, aku belajar banyak dalam beberapa hari ni,
tetapi suatu yang pasti,
"jangan lihat kekurangan orang, sebab apa yang dilihat pada orang adalah refleksi diri sendiri."


sangap jantan lah weh, diorang tatau ke aku takde Aids?

cleaning process.


kan dulu suatu ketika gua pernah cerita pasal perkelahian gua merebut jantan dengan best friend gua yang sudahnya best friend gua dapat ex boyfriend gua tu pastu gua macam bawak diri blah jauh-jauh tu kan, ingat tak?

gambar di atas menunjukkan gua dah tak lalu nak bergaduh sana-sini sesama perempuan macam bohsia kampung.

masa 2 tahun gua gunakan secukup-cukupnya untuk bina balik diri gua, perbetulkan arah tujuan hidup gua, nak menangis-nangis basahkan bantal hari-hari pun geli jugak.

sudahnya, gua ambil keputusan, macam geli ah nak bermusuh-musuh ni, nak drama-drama, aduh,

tak true langsung.

apa yang gua ada sekarang sudah cukup untuk mengatasi rasa benci yang sia-sia akibat benda-benda bodoh yang berlaku di masa lalu.

itu sudah memadai.

tak kesah pun.

sumpah aku jauh hati.
terasa-rasa sangat jauh hati ni.



TAK HADAP LA SIAL



finger, on ass.


huda, aku curik dekat facebook kau.


sedang berfacebook, tiba-tiba aku nampak gambar ini dekat filter.
ini kawan aku , fahmi dan buah hatinya huda.
sweet gila gambar ni rasa macam nak tampar je dua orang ni bila-bila jumpa diorang nanti.

baik, sudah sekian lama blog tidak di update, seperti biasa, kerana aku pura-pura sibuk, banyak kerja kononnya, tetapi tak ada pun yang berjalan.
juga, tidak ada cerita seronok yang berlaku di sekeliling hidup, bosan gila weh. syumpah.

tetapi hari ini aku mahu beritahu obsesi terkini,
oh, lelaki masih lagi obsesi pertama, tetapi ini obsesi-obsesi sampingan.

1. Opera Van Java

aku malas nak upload dekt sini, pergi tengok sendiri dekat youtube. sumpah kelakar gila, juga aku kagum dengan dinamik antara pemain wayangnya. ini semua salah Akub, dia yang suruh aku tengok. sudahnya aku bagi Puan Shikin tengok, siap menangis-nangis gelak.

2. Leopard Print

setiap kali aku nampak corak ini, walaupun hanya di muka tv, aku akan menjerit orgasm, apesal ntah. dan setiap kali aku pakai baju bercorak ini, aku rasa aku seorang leopard yang sedang jalan meliang-liuk mencari mangsa. purrrrrr.

3. Nagoya Textile

nafsu untuk membeli kain membuat baju memang membuak-buak la. sehingga kain spandex orang buat langsir pun aku bantai buat baju.

4. Gamelan Jawa

aku suka bila part suara penyanyi yang macam nenek kebayan masuk. naik sikit bulu roma, walaupun lagu yang dia nyanyi takde kena mengena dengan benda-benda takut.

buat masa ini, itu sahaja, iya, iya, tiada life. biasa lah tu, hidup kalau nak best aje pun tak best jugak.

naik cuti ada 5 midterm, Tanah Konon Suci memang plan nak buat aku telan cuka getah.

oh, semalam aku bermovie marathon, semua cerita ada sayap. Tooth Fairy, Dwayne Johnson (aah, rasa nak berzina.) jadi pari-pari gigi mesti lah ade wings kan. Legion, hero dia Michael, atau Malaikat Mikail pun ada wings jugak, tapi part awal dengan hujung jeh. tapi style lah costume Gabriel, dalam Bible ada tulis macamgitu eh costume diorang? Avatar, hero heroin takde wings, yang ada wings tu IKRAN, haiwan tunggangan diorang. truthful is, mata aku pening. tu je.

dah, nak pergi sambung jahit baju kurung, fuck sewing lah weh!

buah hati

sweet kan kitorg? mumu jangan jeles
aku demam, food poisoning, penat, hati sunyi, telinga bernanah(ni saja nak kasi real cerita), dan pelbagai lagi.
tolong tengok OPERA VAN JAVA.
boleh muntah sebab gelak.

salah aku ke kalau tersalah makan?

setelah ramai semenjak dua menjak ni demam lah, selsema lah, batuk lah, aku membongkak sebab sihat, takde sakit apa-apa.

siap menganjing kawan-kawan yang sakit lagi.

sekali semalam sakit nak datang. food poisoning.
ni style yang muntah belilah tak hingat alam.

sehinggakan,

AKU TIDUR DEKAT MANGKUK JAMBAN.

tu la dia, orang cakap jangan takbur.

alahai.

benci laa bila dah syok dekat kawan sendiri!

gegirl keliru. pfffttt.

kredit buat kak sapura ain
ini ijat ketika tonsil telah dibuang dari tekak beliau. kami pura-pura melawat tapi sebenarnya saja mau survey makanan hospital Pusrawi okay atau tidak. pendapat saya: kalau suruh puasa pun saya tak kisah. setakat biskut kering untuk pesakit yang baru dibuang isi tekaknya, terima kasih akak nurse kerana cuba bunuh kawan baik saya.

sekarang 6.20 pagi, saya baru balik dari dijodohkan oleh Kak Maria dengan adik angkat dia.

saya ulang, saya bukan memilih mahu yang kacak, atau berbadan tough, atau pandai main golf, atau juga pandai bergaya memakai jaket kulit di bawah sinaran matahari terik.

saya memilih untuk berpijak atas bumi dari menggapai langit.

fewwit. dramatik gila ayat saya.

"life is about making choices, and yes, I'll be a goddamn motherfucker."

2010 bermula dengan kesungguhan memonteng kelas.

Azam aku tahun baru ni?

  • Rampas boyfriend orang.
  • Perasan cantik setiap hari.
  • Bela binatang peliharaan, kawan-kawan tak termasuk dalam kategori itu, sorry guys.
  • Belajar perkataan tak senonoh dari semua bahasa yang wujud di dunia.
  • Membuat koleksi punggung lelaki terseksi. Ini termasuk lecturer aku, Mr X, dayyyyyym!

Tak senonoh? Peduli apa aku.

Mari aku listkan senarai manusia-manusia yang aku rindu, dengan harapan bila aku jumpa diorang, diorang sedar aku ini harus dibelanja.

Puan Shikin juga Cik Mat

Ni kalau tak rindu aku, memang saja je lah nak buat aku rasa macam aku anak pungut.

Baby Brother

sekarton habuan aku mana? pura-pura lupa eh?

Allahyarham Yna

ulangtahun kamu makin dekat, aku sudah ada hadiahnya.

Riz

aku rindu, tidak pernah tipu.

Abang Hairi & Kak Faiz

Masih lagi rindu.

___________________

Isi nama kalian jika mahu, ataupun terus text aku cakap “Syafa, tolong rindu aku.” Pasti akan dilayan.

Aku sedang horny, aku jamin, ada orang tengah bomohkan aku ni. (dengan nada perasan)


faces


saya bukan malas update blog.
saya busy.

busy menelaah buku. tipu.
busy training theatre. betul.
busy pergi kelas. tipu.
busy usha punggung lecturer, classmates, dan juga rakan-rakan. betul.

yang penting, saya busy menghabiskan masa bersama dua orang buah hati di atas ini.
ini semester terakhir saya bersama mereka.
tiga tahun setengah dihabiskan dengan aktiviti menggelatat.
stim.
sila abaikan struktur punggung saya dalam gambar di atas. saya sedang tipu diri sendiri.

pura-pura busy macam artis.


"hello, kak jah bersiaran lagi dari radio KUBUR FM."

mati lah lawak kawan gay aku.

oh, hello.
sudah lama tidak update, kali ini tiada sumpah seranah, kerana akhirnya subjek yang dikejar, akhirnya dapat, setelah punggung Head of Department dicium. Dan, aku dapat sekelas dengan students dari Kuliyyah... Kuliyyah... Kuliyyah...

ENGINEERING you alls!

seronok kan bila baca engineering?

masuk kelas 6 orang je perempuan, lain semua lelaki.
dari luar aku kelihatan seperti malu-malu, namun sebenarnya aku sudah menggelatat mahu berzina kerana tidak pernah sekelas dengan begitu ramai lelaki.

keluar kelas pula, jeng jeng jeng, terserempak dengan crush lama, IDRUS. ah, rasa mahu tangkap, simpan dalam beg sekolah dan bawak balik bilik, fewwit.

teater-teater masih lagi berjalan latihannya, sesungguhnya aku tidak kisah berpenat, sebab seronok gila, walaupun banyak juga hal-hal yang tak sepatutnya jadi isu, menjadi isu, tetapi tidak mengapa, urusan manusia sesama manusia, susah mahu cari sempurnanya.

beberapa hari dalam dua minggu ini aku menghabiskan masa dengan dua bitches paling agung di dunia, Raihana juga Ain, sebab kami akan berpisah di hujung semester ini, sobs... gambar akan diupload tidak lama lagi.

Cikgu Shan,

IPAC adalah pada 22haribulan Januari, anda harus datang! dan, bukan jejaka tidak boleh lah, kecuali anda, ehem, ehem. ada bonus lebih untuk I?

Abang Hairi,
Kak Faiz,

eh melampau la kita dah lama tak hangout!

pengumuman

SYAFAWATI KHAIRUNNISA
sedang berada dalam keadaan terbizi dalam dunia.
tiada peluang untuk buka mata untuk dunia luar.


tapi masih bisa buka peluang untuk para jejaka.

tet tet tet tenet.

tak lah, dah tak marah dah.

saya sudah tidak lalu untuk marah dah.
sila perhatikan subjek english for academic purposes dan juga computer application.
hari ini hari terakhir drop session untuk semester ini.

sekiranya saya harus bayar RM300 untuk drop salah satu subjek ni,
saya akan bakar universiti saya.

sudah dua minggu saya stressdengan keadaan ini,
subjek berterabur sedangkan ini semester terakhir saya.

saya rasa saya bayar yuran, dan juga saman yang kadangkala bukan salah saya pun.
terima kasih, terima kasih.

bukan tidak mahu bersyukur, atau berterima kasih kerana,
tempat ini tempat saya menuntut ilmu.
tetapi kalau beginilah sukarnya keadaan manusia berurusan dengan manusia,
tolong buang nama Islam dalam nama universiti kita.

Maha Besar Tuhan.

i baru dapat peluang nak update blog. i bizi, ini dinyatakan sebelum ini.

i nak sambung cerita pasal subjek yang tak dapat add itu hari;

keesokkan harinya i pergi ke department i, nakmengadu dengan dean department i, lepas tu, i jumpa la deputy dean-former-lecturer i.

tidak sampai dua minit, urusan i selesai. insyaAllah minggu depan subjek itu akan clear.

maha besar tuhan, senang macamtu je jalan i mudah. i menyesalmarah-marah keluar anak tekak. tapi orang kata, setiap satu yang jadi, ada hikmahnya. jadi i tunggu je.

sekarang ni, i sungguh busy menjadi assistant director untuk 3 theatre events di sekolah i.

dan tiga killer subjects yang i selamba ambil semester ni.

tu la, sombong lagi.

ps: weekend ni i nak ke Johor, siapa nak ikut?

gua buat salah apa dalam kehidupan yang lepas?

hari ini permulaan semester, gua pergi add subject manually, gua sampai-sampai je;

" We are not going to entertain those appeals for Arabic and EAP subjects."

" But I am graduating this semester. I should have a place in this subject this semester."

" Do you add this subject during pre registration session?"

"Of course, but all sections were already closed at that time."

"We cannot do anything about that, you should take the advantage to add it that time."

"So, how am I going to solve this problem?"

"I dont know, you can add this subject next semester."

keadaan ini berlaku dengan muka betina-betina di kaunter yang sesinis habis.

KEPALA BAPAK DIA.

this is my last freaking semester! so i went to the course coordinator's room, and she wasnt there. gua tunggu. takde. gua pergi balik dekat betina tu, and;

"I want to sign the petition form for EAP."

dia bagi gua kertas petition. at the same time, masuk sorang lagi betina;

"We are going to open the new section, you can add it online, now."

terus, betina tadi ambil kertas petition and pangkah nama gua je, NAMA GUA JE. so gua pergi lab, gua try add, sampai sekarang section yang dia cakap dioffered tu, tak wujud.

KEPALA BAPAK DIA LAGI SEKALI.

macamgini staf universiti paling islamik dekat Malaysia layan student? bukan gua tak usaha sial, lu buat gua macam gua sampah, lu suka tengok student merayu-rayu dekat lu.

lu nak suruh gua extend satu semester semata-mata satu subject yang takde kena mengena dengan kos gua?

LAGI SEKALI KEPALA BAPAK DIA.

agak-agak ah, kalau pun lu ada masalah, kucing lu mati kena langgar ke, lu tak dapat bonus sebab prestasi pekerjaan lu teruk ke, laki lu pergi haji tak bawak balik jubah untuk lu ke, anak lu malas nak pergi sekolah ke,

GUA ADA MASALAH LAGI BESAR DARI LU.

sekali lagi gua nampak muka lu, gua terajang, serius.

berbogel dan hanya memakai ini!


sesungguhnya gua sanggup berbunuhan jika perlu untuk mendapatkan si comel ini.
lu orang takde perasaan yang sama macam gua ke?