KAKAK-KAKAK YANG MACAM ADIK AKU.


ha, sekarang ini sudah ada gambar semua kakak:

  • berbaju maroon itu adalah Kak Faiz, dia kira pendiam ke ataupun dia memang banyak gelak dari cakap?
  • apa sebenarnya warna baju Kak Enon eh? ah, yang baju biru tudung hitam, ah, dia mungkin tidak bercakap ketika dalam tidur sahaja.
  • gadis yang sudah jadi tetunang orang, Kak Iju, badan aku lebam sebab dia mempunyai tangan yang pantas dan tangkas.
  • cik jubah tudung hitam putih, Kak Maria: ibu angkat aku. AHAHAHAHA.(harus lah sentap makcik ni jika membaca ini.)
  • yang umpama Ikin Mawi adalah Sheima, dah nak kahwin tahun depan, kuaja laaaa.
yang penting, saya sayang anda semua. kalau anda belanja saya.

okay, minggu ini, ada beberapa aktiviti yang perlu dilunaskan dan beberapa tempat untuk dituju.

  1. Aeon - untuk membeli bra warna kuning neon yang sudah menjadi idaman. uu-yeah.
  2. Jalan Tar - untuk membeli tudung yang telah diberi duitnya oleh Ijat, Mumu dan Encik Tua Hairi.
  3. Sg. Wang - untuk membeli envelope clutch yang sudah aku perhatikan dari sebelum raya.
  4. Rumah Syam - untuk makan free. hello, apa lagi?
  5. Rumah Lye - lama tidak pulang ke markas, aku mahu lambung-lambung Addin dan Amzar.

dua tiga hari ini memang mengundang kemarahan.

mengapa bila mahu pre-reg tiba-tiba kena tukar password? kenapa selalu menyusahkan orang lain dan juga diri sendiri? adakah ini disebabkan tiada lagi kerja lain, ataupun lambakan pekerja sehingga tiada ada benda lain yang boleh dibuat?

kalau tukar tu, tukar macam biasa sahaja tidak apa, ini mahu bersyarat-syarat pula, kena kira score lebih dari 31 lah, apa lah, jika kamu tiada kerja, mengapa aku pula yang diberi tambahan kerja?


ucapan ini ditujukan khas buat sekolah saya, mengapa sekolah lain tiada masalah begini, saya sedang mengira hari untuk menjadi seorang graduan tanpa sabar, anda tahu?

aiiii la bengang!

adakah rahim ini minta diterajang?

sebulan dua kali period.



badan mula memberontak ye?
ke jiwa?

lima jiwa, dua peneguh hati.

satu malam,
duduk bersama 5 lagi jiwa,
belajar menjadi dewasa,
belajar merangkak mencari tuhan,
belajar bukan hanya diri menahan sukar.

malam keesokkannya,
menghadap dua peneguh hati,
maka keluar dari mulut segala punca,
sudah kerana apa rosak hati ini,
sudah kerana apa minda hilang warasnya,
sudah kerana apa hanya gembira yang dicari.
maka mulut aku buka,
supaya mengerti kedua-duanya,
supaya faham rasa peritnya,
supaya ternampak bayang rapuhnya.

buat lima jiwa, kamu itu aku simpan dalam hati,
kalau hanya simpan kata-kata,
aku bisa terlupa.

buat dua peneguh hati,
sudah lepas lelah aku simpan tiga suku jumlah hidup,
fahamlah kalian hendaknya,
betapa aku terdesak mahukan hidup yang sempurna.

buat mereka yang tidak mahu tahu,
cukup dengan tanda nyata,
yang aku ini hanya seorang perempuan gila.

selamat bertunang abang iju dengan kak jimi!







tolong kahwin cepat-cepat sebab saya mahu jadi anak angkat anda berdua.








kebodohan peringkat kebangsaan.

"kau senang fall in love?"
"senang, sebab aku susah dapat."


aii laa bangang gila jawapan macamgini, nampak benar la terdesak.

siap la aku pulang esok, aku terajang mereka yang berkenaan.

aku hantar mesej kepada kawan-kawan;

"saya bakal membuat cupcakes untuk anda,
sila kata sedap, jika tidak saya akan lari dari Tanah
Konon Suci."

Ijat;

"saya mahu chocolate cupcakes tau."
okay, ni aku tahan lagi, walaupun demand dia melampau.

Kak Maria;

"syapa buat la apapun akak akan appreciate, hehe..
akak nak yang huruf M ok?"
okay, aku memang sayang Kak Maria, orang lain aku tak sayang sangat.

Syam;

"syafa, mestila sedap cupcake yang kau buat tu. :)"
okay, aku sayang syam jugak, sebab dia belum rasa tapi dah puji.

yang lagi dua ekor ni aku macam nak lipat-lipat.

Mumu;

"pa, tak sedap lah, macam bantat."
ey laa pundek betul jantan ni.

Hazeman;

"tak sedap, pergi lah lari. anda perlukan exercise."
kalau kawan tu boleh dipanggang, dia adalah yang first. aku janji.

takpe, saya dah biasa ada kawan-kawan yang minta disula.

summary hari raya.

oleh kerana aku akan pulang ke Kuala Lumpur pada esok hari kerana ingin menyiapkan tugasan yang cikgu-cikgu berikan, maka cuti hari raya aku summarizekan.

# Puan Shikin sudah boleh berjalan, tapi berdengket-dengket. nak bagi dia bengang, aku selalu lari setempat sambil jeling sombong ke arah nya.

# raya ini first time aku buat kuih raya, mati lah tak mahu buat lagi. definitely not my thang. siapa mahu kuih raya kangkang, you know where to find me.

# raya langsung tak best, kecuali pada hari Lye, my woundhealer datang. rumah terlalu havoc akibat hilaian kami. style.

# bawa balik empat assignments, hanya dua yang siap. keadaan ini dah dijangka.

# satu lagi jubah telah berjaya aku seludup dari simpanan makcik bomoh tua. hahaha, aku harap dia mengamuk bila aku dah balik KL.

# aku masih belum dapat mengorat bilal kampung yang masih bujang walaupun sudah berusia 50an. takpe, usaha tangga kejayaan.

# Batu Pahat sudah ada Sushi King dan Big Apple. mungkin tak lama lagi akan ada Nasi Lemak Mali's Corner, siapa tahu?


kalau tak sebab ikutkan ego sendiri, haruslah lagi banyak malu aku dapat. kan?


takpe, saya dah biasa _________________ rasa kosong.

hari raya yang cari gaduh.

ada satu perkataan untuk hari raya tahun ini. PENAT. sumpah penat gila. aku boleh mati keras kejung sebab penat sangat. jadi biar gambar sahaja bercerita.

amboi, bukan main gatal pakcik makcik ni.

aku cuba makan kepala Cik Mat sebab lapar, dia buat dang je.



aku malas nak letak gambar yang serius, sebab aku kelihatan seperti emak janda yang tidak sabar tunggu pemuda kampung datang beraya.



kita kena serius sikit kalau ibu kita jalan lambat.



hensem boy merajuk sebab Puan Shikin tak sediakan Baju Melayu untuk dia.



aku saja bagi peluang diorang semua kontrol ayu. over!



ini budak sekolah yang jahat, di bawah bimbingan aku.

malam kedua, family Mak Long dengan Pak Ngah sampai, rumah aku riuh. bila ada lagi dua tiga ekor beruk yang tak reti gelak slow-slow, Lye dengan Jijo. tapi style lah kitorang tidur lambak-lambak depan tv. oh, malam tu, bestfriend lamaaaaaaa datang bawak anak bini dia. lalu jumpa dengan anak-anak angkat lagi dua orang, geram la tengok diorang rasa nak lambung-lambung.



ini Haziq, si abang. "Hensem ke tak ni?" aku tanya, "Cemm." jawab dia.



ini Hairi, si adik. ultra comel. memang comel gila, kuat mengemas, suka makan, mulut banyak walaupun aku tak faham dia cakap apa. gigi sudah enam batang, comel okaaay.

ah, sementara ada banyak gambar aku dengan Lye, meh sini aku cerita pasal Lye, kezen paling rapat, kezen tempat aku sembur gelak tawa, and kezen tempat aku curah air mata, kezen paling memahami, kezen paling tidak berkira, kezen yang selalu ada dekat belakang menolak aku ke depan. dia juga adalah kezen yang kaki gaduh. 



dia perasan dia Siti Nurhaliza, tapi aku lebih diva.



kami berlagak macam artis, Min dengan Troy jadi mangsa.



oh, punggung yang lebar adalah warisan dari keturunan, kami dapat itu dari arwah nenek. jamban baik, apasal?



haaa, satu lagi, dia juga dah gatal nak bernikah.


takpe, saya sudah biasa buat anak orang macam anak sendiri.

melampau la raya aku.

Raya kali ini, aku baru tersedar, anak saudara aku sudah besar-besar. Sudah ada yang beranak pinak. Jadi secara teknikal nya, aku sudah berpangkat nenek. Ini kerana, adik beradik Cik Mat adalah dalam 15 orang, dan Cik Mat adalah anak ke14. Jadi aku dan Min adalah yang paling kecil dalam 3rd batch. Atuk, Ayah dan aku. Dan resam family belah Cik Mat, pangkat diutamakan, jadi aku ini adalah Grandma Syapa. Sungguh tidak seksi keadaan ini. Aku belum sedia menjadi nenek.

Akibat rasa segan yang mendalam, aku sambung tidur atas katil Puan Shikin berkuak lentang bagai.

Oh, sebab aku tidak mahu nampak seperti tua, aku tangkap gambar dengan anak saudara yang muda- muda sahaja. 



clockwise: Nana, 16 tahun. Wawa, 14 tahun. Fifah, 18 tahun. Dira, 21 tahun. Jaja, 16 tahun. Cik Syafa, belasan tahun. kitorang semua muda-muda lagi kan?

takpe, saya dah biasa jadi hot di hari raya.

sesi borak yang buat aku terdiam.

Her : chop..ko pnh x bcakap dgn hati ko?
          i mean kte kn ade suara within us?


takpe, saya dah biasa pujuk hati sendiri.

selamba hati aku remuk buat kali ke berapa ratus.

tetapi, aku kagum dengan sikap diplomasi kamu.

kamu bijak mengawal keadaan supaya hati ini tidak terluka.

ucapan ini ditujukan khas buat Gerard Butler kerana telah menolak lamaran aku malam tadi.

damn, son.

takpe, saya dah biasa makan hati.

aku marah semarah-marahnya.

seminggu sudah aku di rumah, semua aku uruskan.
dari racik makanan supaya tak tercekik,
sampai lah mandikan supaya tak bau macam sampah.

"pegi la mampos!"

tu je kata-kata yang terbaik kau boleh sembur dekat muka aku?
sia-sia saja lah tolong aku semua dekat kau,
sebab semua ikhlas dah terbang melayang.

cepat sangat lupa diri.
tak sedar diri hidup bergantung dekat orang,

ada hati lagi nak besar kepala?




BODOH.

takpe, saya dah biasa bengang simpan sendiri.

jom pegi melaka lagi sem depan?








okay, aku rindu teruk keadan ni, korang rindu tak?

Batrisyia dan Rayyana

semalam adik angkat Puan Shikin datang, on the way pulang ke Kedah beraya, mereka singgah berbuka di rumah. maka dapat laa aku bertemu dengan dua anak angkat kesayangan,

Batrisyia dan Rayyana.

mereka sungguh comel.

Tisya yang pelat si mulut banyak suka mengemas, aku masih menyuap dia dah angkat pinggan. Yana si kecil sudah pandai high five, pantang nampak muka aku asyik nak hulur tangan.

rugilah takde gambar.

Puan Shikin cerita, kecil-kecil kalau aku degil, dia akan jegil mata. dan aku akan tanya balik dekat dia, " kenapa ibu bulatkan mata dekat adik?" sambil jeling balik.

sikap kuat melawan memang sudah menular sejak dari kecil.


aku mahu tukar cita-cita lah. aku mahu jadi penculik kanak-kanak.

siapa lagi berani nak sindir aku dengan iklan rokok? haa?

sejak dari pulang,

2 batang rokok sehari.

sama dengan 6-7 batang kalau mahu kirakan.
berbanding 6-7 batang separuh hari.



woi, okay lah kiranya ni kan?

Yen, Hazeman, Ijat, Mumu.
janji tetap janji bai.

tapi Min balik esok. godaan pasti dahsyat.


*heh, mentang-mentang dah private blog.

belajar tabah seperti nuriahtun maria, yakin kan aku?

kalau bisa kamu buka semua deria.
resap mencari ruang untuk kekal.
langkah ke dalam kotak jiwa untuk ukir nama.
alir semua rasa dalam deras darah.
simpul janji-janji dengan tali hati.


kan indah kalau dunia semudah itu?

kan susah kalau hati sudah mula berasa?
terkejar-kejar atas jalan mimpi.
merenung, senyum, melayang, berbunga, terbang.

di telinga kanan, bisik ibu,
"jangan begitu, nak,
kenang kembali sakit yang dulu."
tersentak, diam.
tersedar, yang dulu mana pernah berjaya.

pusing pada peneguh-peneguh bahu,
" doa, doa, doa, doa."
jadi hati masih lagi bertahan.

kalau benar Tuhan tahu,
pasti baik hujungnya untuk aku.
kerana aku istimewa,
sayangNya lebih buat aku.


haaa, apesal?

sesi wrestling bersama angin.





nampak gaya angin tu kalah teruk, Cik Mat ni terer gila!

quality lushness!

saya sudah tidak tahan, saya terpaksa upload juga gambar mereka.
maaflah, kualiti kamera tidak dapat ditolong.


teng tereng!



minta maaf, mereka tidak mahu wajah mereka didedahkan.
mereka mewarisi sikap diva saya.
yang berdiri umpama tugu negara adalah Kesuma Dewi, dan yang baring sambil menggatal itu adalah Merah Andika.
gambar ditangkap ketika mereka mengantuk tapi saya paksa juga mereka pose.
ouh, perhubungan kami sebenarnya tidak direstui oleh Puan Shikin dan Encik Mat.
jadi buat masa ini mereka berdua tidur di rak kasut. saya akan bawa perkara ini ketengah.

inilah dua buah hati baru saya.
tetapi sila jgn salah faham, saya bukan bernafsu binatang.



p/s: saya masih menunggu email anda semua.

baru sehari setengah di rumah, aku sudah rindu kawan-kawan.

satu.
terima kasih buat PHT sebab jual pre-loved stuff saya. saya terharu.

dua.
saya ada dua buah hati baru, Kesuma Dewi dan Merah Andika. gambar akan diupload selepas kepulangan adik saya.

tiga.
siang tadi saya mandikan abang saya. perkara yang tak pernah saya bayangkan seumur hidup saya. oleh itu, tolong beri saya duit raya.

empat.
saya mahu privasikan blog ini. bersiap sedia beliau-beliau yang tersayang, beri saya email anda.


sekian terima kasih.