syafawati khairunnisa

aku sudah kekeringan idea untuk menulis,
sebab aku sedang tercekik dengan perasaan sendiri.

maaf kepada siapa yang rajin membaca, sesiapa yang sering terasa, sesiapa yang tidak ambil peduli.

aku bukan dalam fasa yang baik ketika ini, sedang terperangkap dalam membuat keputusan sama ada mahu kekal seperti ini, sesat dan menyesatkan, ataupun keluar mencari tuhan.
jiwa sudah meronta-ronta minta disuap dengan makanannya, cuma badan masih culas untuk memulakan kerja.

aku letih melayan hati yang menggelupur berlawan perasaan siapa yang mahu menjadi raja.


jadi sesiapa yang dekat, bantulah aku kerana aku tidak mampu bergerak sendiri.
sesiapa yang jauh, hulurkan doa, mana tahu tercecah doa kamu ke atas sana.

hujung minggu tiada cerita.

hujung minggu lepas aku pergi ke Shah Alam, rumah Lye, roomates dia memang terbaik, jenis yang melolong-lolong ni, tapi diorang fun!

balik dari Shah Alam, aku singgah BB, jumpa adik-adik sayang, oh, Amal sudah pulang, bersama rambut baru yang minta pelempang. rindu sudah terubat.

rumusannya, aku berjumpa dengan ramai orang, yang mahu aku jumpa, dan yang tak mahu aku jumpa. susah nya hidup bermasyarakat.



p/s: tidak sabar mahu ke Melaka jumaat ini, tak kesah lah orang kata boring ke hapa, janji aku pergi dengan, dan juga Suluh Sultan akbar,dan kawan-kawan yang paling aku sayang. itu yang paling penting.

semester 1, 09/10

1. pagi hari pertama bermula dengan lancar, walaupun aku berkejaran mengadd subjek. nasib baik dapat, kalau tak dapat aku dah plan nak merusuh depan department.

2. lepas manual add/drop, berkejar pula aku pergi membeli barang untuk meneruskan hidup sepanjang semester, ceh padan sebenarnya tak nak pegi kelas. dua plastik rm90 oi pundek betul tokey Giant ni nak naik haji cepat ke.

3. malam first reunion, kali ni semua ada, seronok gelak-gelak sambil hati runsing malas nak pergi kelas keesokkan harinya.

4. duit loan dah habis separuh dekat adik tersayang, kalau kau taknak bagi pinjam slr kau aku cekik kau sampai lemas.

5. aku nak jual baju terpakai, yang bersaiz 16 seperti saya, sila bagi duit, saya anak nelayan.

6. eh kurang ajar la Nora Heidi keluar dengan Suluh Sultan Akbar aku, meh sini kau aku nak tumbuk barang sedas dua, selamba je hati aku ranap.

7. aku ada empat hari lagi untuk ganti puasa, siapa tolong boleh gantikan? pahala aku bagi 30%.

8. siapa boleh tolong bleachkan jeans saya, nak buat sendiri tak reti, nak beli tak mampu, aku hanya mampu dan reti makan sahaja.


siapa kata ikut hati mati? sebab ikut kata hati la aku mampu hidup gembira hingga hari ini.

semester baru.

1. LE 4000, kalau aku tak dapat add kau, aku cepuk bangunan celpad tu.

2. kawan-kawan. ye, saya tak sabar mahu bergembira gerumba.

3. Melaka (24,25,26.07.09), aku mahu pakai bikini muslimah.

4. library. saya akan selalu melawat anda.

5. Suluh Sultan Akbar, hello sweetness, jangan pergi jauh-jauh, saya tidak larat kejar.

save room

i love you.





aku sanggup lupakan semua kesusahan jika ini yang John Legend beri.

summary cuti kali ini.

1. aku diiktiraf from a on-holiday-trash kepada seorang surirumah yang tak semena-mena rajinnya.

2. setiap hari, selepas lunch, aku akan facebook-ing sehingga maghrib, dan bersambung selepas dinner. ini satu keajaiban, i used to hate facebook, tapi sekarang aku suka, due to this crush-stalking thing ini.

3. cuti ini, oleh kerana kehidupan yang agak tertutup, my reasoning was directed to spiritual things, semayang, death, faith and all that. tapi aku rasa ini sekejap sahaja, balik KL nanti aku pastilah ligat kembali.

4. pakaian rasmi aku adalah baju kelawar, sepanjang cuti, aku rasa paling banyak pun tiga kali sahaja aku pakai pakaian yang bukan baju kelawar. ini rekod baru, sampai org dekat rumah pun rimas suruh aku pakai seluar.

5. cuti ini aku adalah tukang masak full-time. belum ada yang jatuh sakit akibat keracunan makanan, atau merungut tidak sedap, kerana awal-awal lagi aku sudah beri amaran, kalau kutuk, aku lari rumah.

6. cuti kali ini juga, telah menyaksikan rambut aku yang botak telah tumbuh dengan hodohnya, mahu potong, tapi aku telah berjanji dengan Puan Shikin untuk menyimpannya. rambut belah kanan aku pula sudah melepasi leher. ini juga hodoh.

7. aku berjaya menghisap rokok hanya sebanyak 5 batang di sepanjang cuti ini. aku tidak pasti keadaan ini akan berterusan atau tidak, mungkin aku pulang ke KL juga akau akan pus-pus dengan dahsyat.

8. aku kemas almari baju, jumpa banyak jubah yang aku kerap pakai untuk ke kelas semasa di matriks dulu, aku akan pakai mereka semster hadapan, sungguh praktikal.



aku sudah sedia untuk berusia 22 tahun.


p/s: photos will be uploaded later.

aku geram pulak.

jadi malam semalam aku nangis juga.
sebab aku geram, aku geram sangat, tapi aku tak sure aku geram dengan siapa.

aku geram sebab tak boleh persoalkan, aku geram sebab tak boleh bersuara.

okay, mak aku sakit patah kaki, ayah aku takda duit, abang aku pemalas tanak kerja umur dah 25 tahun haramjadah, adik aku dah nak start semester baru kena pakai duit banyak.




aku geram sebab tak mampu bagi mak aku sembuh cepat, tak mampu tolong ayah aku supaya banyak duit, tak dapat terajang kepala abang aku, tak mampu bagi duit sikit dekat adik aku sebab loan aku tak keluar lagi.


aku susah hati, aku susah hati sangat.

aku bukan cabar kau sebagai tuhan, tapi kalau kau beri aku pilihan, mahu pilih dugaan dulu, dan dugaan sekarang, aku pilih yang dulu.




sebab aku tau kau tau hati aku sekeras mana.

aku memang pemalas.

aku malas ambil tahu pasal orang malas macam kau kalau aku ambil tahu last-last aku yang bengang sebab semuanya aku yang kena susah hati kau pula buat bangang macam biasa sebab kau dah sedap hidup kena suap dengan ibu dengan ayah.


aku malas fikir pasal hati pasal perasaan dan apa-apa yang berkaitan dan juga apa pandangan serta firasat orang lain yang cakap jodoh aku lambat ke atau aku tak berjodoh langsung ke lantak lah tak berlaki sampai mampus pun aku tak heran kalau dah takde sangat aku buat kelab wanita-wanita sunyi.


aku malas fikir pasal kau dengan kehidupan kau hidup aku sendiri pun tunggang langgang takkan la aku nak huru-hara sibukkan hal hidup kau kau pakai cantik ke tidak dah tu badan kau lantak engkau lah.


aku malas nak layan setiap kali kau tunjuk pandai hei pampers anak kau pun kau malas tukar kau claim kau tau macam-macam dari politik ke hal-hal artis sampai la ke hal-hal kain dalam orang kan KRU cakap diam itu pintar?


aku malas nak berbunyi lagi jadi lepas ni tak kisah la kau nak kutuk aku apa pun tak luak punya aku dekat sini kenyang makan pahala kau hantar free-free untuk aku.


aku malas nak layan orang yang datang rumah aku lepas tu sindir aku itu sindir aku ni kau tu jauh lagi muda dari aku kalau kau rasa kau baik sangat tapi kalau mulut kau kurang ajar berapa lama lagi kau boleh hidup aku nak tengok juga.


aku malas nak dengar pasal orang tua tak sedar diri kalau kau tu dah tua bawak-bawak la duduk dekat rumah diam-diam jangan main terjah ikut suka hati cakap family aku itu family aku ini kalau kau jeles dengan pokok orkid mak aku kau cakap je laa tak payah nak pancing macam-macam.


aku malas nak handle kerenah kau nak sound aku macam-macam pasal aku tanak pakai tudung dah besar panjang pulak tu belajar dekat tempat islamik tapi kepala bogel eh sukati aku lah anak kau sekolah agama pun boleh kena tangkap dekat sekolah berdua-duaan dengan lelaki ada aku pergi ceramah anak kau?


aku malas nak heran kau kau tengok aku macam perempuan murah terpesong jauh jangan yakin sangat kau ada atas garisan yang betul bila kau dah mula judge aku kau sebenarnya dah lari dari landasan kau sendiri.




aku sebenarnya dah malas dengan cuti ni, jadi semua benda jadi tak betul.